Banjir Kedah : Pemilik warung sedia makanan percuma kepada penduduk terjejas

2024-09-21 berita.rtm.gov.my HaiPress

FOTO FB Warung Pak Din One Dollar

ALOR SETAR,21 September- Banjir yang berlaku di Kedah ketika kini menyebabkan banyak kawasan ditenggelami air.

Selain kediaman penduduk,banyak premis perniagaan termasuk restoran tidak dapat beroperasi kerana dimasuki air.

Situasi sama turut dialami pemilik Warung Pak Din One Dollar di Kampung Suka Menanti,Alor Setar apabila warung tersebut tidak dapat beroperasi kerana ditenggelami air.

Pemiliknya,Mohd Faizal Jamaludin menjelaskan pihaknya mengambil pendekatan berbeza dengan menyediakan makanan percuma kepada penduduk terjejas banjir.

Inisiatif tersebut diambil sebagai tanda prihatin dan simpati terhadap penduduk yang terjejas banjir serta mahu membantu mereka yang ditimpa musibah.

Beliau berkata,pemberian 400 pek makanan dan minuman percuma setiap hari itu bermula Khamis lalu dan akan berakhir petang ini.

Ia bagi membolehkan pihaknya membersihkan warung.

Satu video yang dikongsikan di Facebook Warung Pak Din One Dollar telah mendapat lebih 77,000 tanda suka.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Maklumat Permainan Sejagat      Hubungi kami   SiteMap