MAHA 2024: 350,000 kunjungi Laman Perikanan

2024-09-19 berita.rtm.gov.my HaiPress

Seorang pengunjung melawat Laman Perikanan pada MAHA 2024 di MAEPS,Serdang/Foto Jabatan Perikanan

SERDANG,19 September - Seramai 350,000 orang berkunjung ke Laman Perikanan bersempena Pameran Pertanian,Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024 di MAEPS Serdang,setakat ini.

Ketua Pengarah Perikanan,Dato' Adnan Hussain berkata,angka itu disasarkan terus meningkat kepada 750,000 pengunjung.

Katanya,pengunjung berpeluang menyaksikan pelbagai galeri dan segmen yang disediakan di laman berkenaan.

"Pelbagai kehidupan akuatik dan marin,spesis tumbuhan serta spesimen ikan laut dalam sediakan kepada pengunjung.

"Ia dipertontonkan bagi membolehkan mereka mendapatkan maklumat berhubung sektor perikanan yang ada di negara kita," katanya ketika menjadi tetamu dalam rancangan terbitan RTM di sini hari ini.

Tambah beliau,hasil daripada produk-produk perikanan turut dijual di Laman Agrofood Perikanan.

ARTIKEL BERKAITAN:

MAHA 2024: Teknologi tarik minat anak muda kenali pertanian

MAHA: Kerbau bersaiz gergasi di Laman Agro-Food Ternakan

Lebih 120,000 pengunjung ke Laman perikanan MAHA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Maklumat Permainan Sejagat      Hubungi kami   SiteMap