Agong dipersembahkan Laporan Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan, Negeri

2024-09-18 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR,18 September-Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dipersembahkan laporan penyata kewangan Kerajaan Persekutuan dan Negeri-Negeri bagi tahun 2023 sebelum dibentangkan di Dewan Rakyat pada sesi akan datang.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar,laporan berkenaan dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda oleh Ketua Audit Negara Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi.

Sesi menghadap bersama Seri Paduka Baginda berlangsung di Istana Negara di sinihari ini.

Belanjawan2025 akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 18 Okt ini bertemakan “Ekonomi MADANI,Negara Makmur,Rakyat Sejahtera”.- BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Maklumat Permainan Sejagat      Hubungi kami   SiteMap