Kemas kini banjir Perlis : Empat kampung terjejas, dua PPS diaktifkan

2024-09-17 berita.rtm.gov.my HaiPress

FOTO BPD SUK PERLIS

ARAU,17 September- Sebanyak empat buah kampung mula ditenggelami banjir sehingga 10 pagi tadi melibatkan Kampung Titi Besi,Kampung Gial,Kampung Alor Ara dan Kampung Bumbung 5 berikutan limpahan air dari kawasan Ulu Pauh dan Sungai Gial.

Ini susulan hujan lebat yang berlaku sejak semalam dan berlarutan sehingga kini.

Menurut Penghulu Bahagian Pentadbiran Daerah,Reswan Ramli dalam kenyataannya memaklumkan terkini,jumlah rumah yang terjejas sehingga kini sebanyak 40 buah.

Jelasnya kesemua agensi pengurusan bencana negeri kini diaktifkan dan bersiap sedia untuk membantu memindahkan mangsa terlibat ke pusat permindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Arau dan Masjid Kampung Gial yang akan dibuka sementara PPS lain turut bersedia diaktifkan jika keadaan bertambah teruk.

Beliau memaklumkannya ketika meninjau keadaan banjir di sekitar Kampung Alor Ara,Kampung Gial dan Kampung Bumbung 5 bersama agensi pengurusan bencana negeri.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Maklumat Permainan Sejagat      Hubungi kami   SiteMap