Terengganu FM laksana program semarakkan semangat patriotisme

2024-09-14 berita.rtm.gov.my HaiPress

Pertandingan pakaian beragam/ Foto Terengganu FM

KUALA NERUS,13 September- Kemerdekaan negara bukan sekadar dirai kerana pembentukan negara,malah ia juga sebagai simbol perpaduan budaya yang menyatukan semua kaum.

Bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024,Terengganufm mengambil inisiatif menyemarakkan lagi semangat patriotisme dan rasa cinta kepada negara menerusi pelbagai program yang diadakan di Nostalgia Studio Jalan Ampas Dapo Pata Kuala Nerus.

Pengarah Jabatan Penyiaran Terengganu,Sabri Mansor berkata,mengangkat tema Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka,program tersebut mempamerkan semangat dalam kalangan masyarakat serta penyatuan tradisi dan budaya daripada pelbagai kaum dan etnik.


Program tersebut melibatkan kerjasama strategik antara Jabatan dan agensi swasta seperti Studio Jalan Ampas,Yaya Empire Perfume dan Kelab Wanita IKON Malaysia Terengganu

Penganjurannya akan memberi kesedaran kepada masyarakat supaya lebih memahami erti kebebasan dan keharmonian kaum.

Pelbagai program dianjur termasuk pertandingan pakaian beragam,persembahan deklamasi sajak oleh Tokoh Puisi Kebangsaan Marzuki Ali serta kuiz kemerdekaan.

"Konsepnya itu adalah satu konsep unik yang menggambarkan retro dan kalau kita lihat perjuangan untuk memerdekakan negara kita pada zaman Jepun dan British itu yang digambarkan melalui pentomin bagaimana pasukan pejuang kita menentang komunis",katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan program berkenaan di Studio Jalan Ampas Tok Jembal Kuala Nerus.

Sementara itu pengunjung yang ditemui menyambut baik program dianjurkan RTM Terengganu bersama rakan strategik yang disifatkan sangat berjaya. Malah ada pengunjung yang sanggup datang dari luar daerah bagi menyertai program tersebut.

Pertandingan pakaian beragam yang dianjurkan mendapat penyertaan lebih 30 peserta. Johan pakaian beragam dimenangi Mohammad Iman Mohamad Rozainal,membawa pulang wang tunai RM200 serta hadiah iringan,naib johan pula dimenangi Siti Khadijah Umairah,manakala tempat ketiga Khairin Amanda.

Uniknya,Nostalgia Studio Jalan Ampas menampilkan 40 peniaga berbusana melayu klasik menjadi ikonik kepada lokasi ini.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Maklumat Permainan Sejagat      Hubungi kami   SiteMap