Tanah jerlus: KPWKM tawar khidmat kaunseling kepada keluarga mangsa

2024-08-29 berita.rtm.gov.my HaiPress

Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri/ BERNAMA

KUALA TERENGGANU,29 Ogos- Kementerian Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sedia memberi khidmat kaunseling kepada keluarga mangsa tanah jerlus di Jalan Masjid India,Kuala Lumpur.

Menterinya,Datuk Seri Nancy Shukri berkata,pihaknya bertanggungjawab memberi bantuan kepada mereka yang terlibat.

Beliau memaklumkan,pihak kementerian sudah menemui keluarga mangsa untuk menawarkan khidmat kaunseling. Bagaimanapun,ahli keluarga mangsa masih belum bersedia.

"Kita menghormati kehendak mereka supaya mereka ada memikirkan sendiri bagaimana mereka nak ambil tindakan,mereka tidak mahu diganggu dahulu. Kalau perlu kaunseling,kita setiap masa sentiasa bersiap sedia",katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak: Kasih Kanak-Kanak Peringkat Negeri Terengganu di Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman Dua,Kuala Terengganu.

Dalam kejadian 23 Ogos lalu,seorang wanita warga India terjatuh ke dalam lubang sedalam lapan meter akibat kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India,Kuala Lumpur.


Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Maklumat Permainan Sejagat      Hubungi kami   SiteMap