Operasi cari mangsa tanah jerlus masuk hari kelima

2024-08-27 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR,27 Ogos- Operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India dikenali sebagai Vijayaletchumy,48,yang terjatuh ke dalam lubang sedalam lapan meter dalam insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India di sini memasuki hari kelima hari ini.

Tinjauan Bernama di lokasi mendapati seawal pada pukul 8.00 pagi pihak berkuasa terlibat dilihat mengadakan perbincangan dan penugasan untuk melaksanakan SAR berkenaan.

Difahamkan anak kepada wanita berkenaan yang dikenali sebagai Surya,26,berada di lokasi pencarian kira-kira pada pukul 9.00 pagi,bagi mengikuti perkembangan operasi.

Tinjauan di sekitar kawasan insiden turut mendapati kebanyakan premis perniagaan masih ditutup dan hanya segelintir peniaga memulakan operasi setakat pada pukul 9.00 pagi tadi,dan hampir 50 petugas media sudah berada di lokasi seawal pada pukul 8.00 pagi untuk mengikuti perkembangan lanjut pencarian.

Dalam kejadian Jumaat lepas,Vijayaletchumy yang berada dalam negara ini bersama keluarga untuk melancong,dikatakan dalam perjalanan ke sebuah kuil berhampiran apabila beliau terjatuh ke dalam lubang berkenaan dan terus hilang.- BERNAMA

BERITA BERKAITAN:

Tanah jerlus Masjid India: Pasukan SAR guna kamera kesan mangsa

Operasi SAR diteruskan,mangsa tanah jerlus belum ditemui

Tanah jerlus: 'Manhole' penuh gas beracun - Bomba

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Maklumat Permainan Sejagat      Hubungi kami   SiteMap