200 individu sertai Konvoi Kembara Merdeka Bermotosikal, semai semangat kenegaraan

2024-08-19 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto RTM

PADANG BESAR,19 Ogos- Seramai 200 peserta menjayakan Konvoi Kembara Merdeka Bermotosikal sekitar Padang Besar,bagi menyemarakkan lagi semangat patriotik dalam kalangan anak muda.

Program anjuran KEMAS Padang Besar menyusuri laluan sejauh 50 kilometer bermula di Pusat Kegiatan KEMAS Alor Tampang dan berakhir di Masjid As Sobirin,Kampung Gial turut singgah di beberapa buah kampung sepanjang laluan dengan pelbagai aktiviti Kibaran Jalur Gemilang bersama penduduk.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Aktiviti KEMAS Padang Besar,Ruzaini Rais,penglibatan anak muda dalam program kemerdekaan ini satu pendekatan proaktif dilaksanakan pihak KEMAS bagi menyemarakkan semangat patriotik khususnya dalam kalangan komuniti kawasan luar bandar.

Sejajar dengan tema Hari Kebangsaan iaitu Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka,program dilaksanakan KEMAS dilihat mampu mendidik dan menerapkan nilai-nilai patriotisme bagi memupuk semangat sayangkan tanah air dan sanggup berkorban demi mempertahankan kemerdekaan negara.

Beliau memaklumkannya pada Majlis Penutup Konvoi Kembara Merdeka KEMAS Padang Besar di Masjid As Sobirin,Kampung Gial.

Secara keseluruhan,lebih 500 penduduk setempat turut serta menjayakan program ini sebagai salah satu pengisian bersempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-67 yang akan disambut hujung bulan ini.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Maklumat Permainan Sejagat      Hubungi kami   SiteMap