Peralihan tenaga mampan, keperluan kerjasama awam-swasta penting

2024-08-16 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto RTM

LIMA,16 Ogos - Malaysia menekankan keperluan kerjasama awam-swasta (PPP) dalam memacu peralihan tenaga mampan dan terangkum di Asia Pasifik.

Timbalan Perdana MenterI Datuk Seri Fadillah Yusof memaklumkan,PPP penting bagi menggerakkan sumber,kepakaran dan inovasi untuk merealisasi misi itu.

Jelasnya,kejayaan beberapa PPP yang diwujudkan Malaysia boleh menjadi rujukan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).

Ini termasuk Program Pemeteran Tenaga Bersih (NEM) dan Program Solar Berskala Besar (LSS).

"Kerjasama awam-swasta amat penting dalam usaha peralihan tenaga ini. Pembangunan dan pelaksanaan penyelesaian tenaga bersih dapat dipercepat dengan mewujudkan persekitaran yang menyokong.

"Ia dilaksana melalui rangka kerja kawal selia yang menyediakan kestabilan dan kebolehramalan kepada pelabur selain mewujudkan ekosistem inovasi menerusi penyelidikan dan pembangunan," kata Fadillah.

Beliau berkata demikian pada Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga (EMM) APEC 2024,di sini.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Maklumat Permainan Sejagat      Hubungi kami   SiteMap