Program PENTARAMA X Kelab Malaysiaku, pupuk semangat patriotik pelajar

2024-08-13 berita.rtm.gov.my HaiPress

Program tersebut akan dianjurkan di 38 buah sekolah di seluruh negara sehingga 16 September depan.

PUTRAJAYA,13 Ogos- Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi,Datuk Mohamad Fauzi Md Isa hadir ke Program PENTARAMA X Kelab Malaysiaku di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Presint 5(1) pagi tadi bersempena Bulan Kebangsaan.

Program anjuran Jabatan Penerangan (JaPen) itu bertujuan bagi memupuk dan menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan pelajar.

Antara pengisian program adalah sembang santai kenegaraan,kuiz kenegaraan,nyanyian lagu patriotik serta penyerahan Jalur Gemilang kepada pihak sekolah.

Program tersebut akan dianjurkan di 38 buah sekolah di seluruh negara sehingga 16 September depan.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Penerangan,Julina Johan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Maklumat Permainan Sejagat      Hubungi kami   SiteMap