Jadikan 'Podcast' sebagai medium kongsi ilmu dan intelektual

2024-08-13 berita.rtm.gov.my HaiPress

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),Dr Zulkifli Hasan/ Foto RTM

PUTRAJAYA,12 Ogos-Audio siar (Podcast) sepatutnya dijadikan medium untuk berkongsi perkara ilmiah dan bukan berbual kosong semata-mata.

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),Dr Zulkifli Hasan,ia juga boleh menjadi ruang intelektual berdiskusi dan bertukar pandangan.

"Kita raikan kebebasan untuk berkarya memberikan pandangan.

"Namun apa yang paling penting apakah objektif dan impak kepada perbincangan atau pun idea itu?

"Marilah kita bersama-sama membicarakan tajuk-tajuk yang produktif yang konstruktif yang boleh membawa negara kepada kemajuan,kepada perpaduan,kepada kesatuan hati rakyat Malaysia kerana pada hari ini cabarannya begitu besar",katanya demikian selepas merasmikan Nadwah Mahasiswa Timur Tengah yang dianjurkan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di sini.

Program berkenaan melibatkan mahasiswa dari Mesir,Jordan,Arab Saudi,Maghribi dan juga beberapa buah negara dari Timur Tengah selain bertujuan untuk mengeratkan jaringan kerjasama di antara kerajaan dan juga para mahasiswa dari aspek kebajikan dan juga akademik.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Maklumat Permainan Sejagat      Hubungi kami   SiteMap