Johari selamat di Tehran, pulang malam ini

2024-07-31 berita.rtm.gov.my HaiPress

Yang di-Pertua Dewan Rakyat,Tan Sri Johari Abdul

KUALA LUMPUR,31 Julai-Wisma Putra mengesahkan Yang di-Pertua Dewan Rakyat,Tan Sri Johari Abdul yang berada di Tehran,Iran dalam keadaan selamat.


Wisma Putra melalui kenyataan ringkas di aplikasi Whatsapp memaklumkan Johari akan meninggalkan Iran pada malam ini.

“Ya,kami mengesahkan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul selamat dan akan meninggalkan Iran,malam ini,” menurut Wisma Putra.


Difahamkan Johari tiba di Tehran Isnin lalu bagi menghadiri majlis angkat sumpah Presiden Iran baharu,Masoud Pezeshkian yang dijadulkan pada Selasa.


Terdahulu,media antarabangsa melaporkan pemimpin Hamas,Ismael Haniyeh dibunuh Israel dalam satu serangan di kediaman Haniyeh.


Serangan sama turut menyebabkan seorang pegawai Haniyeh,mati syahid.


BERITA BERKAITAN


Turkiye kutuk pembunuhan pemimpin HamasKetua pemimpin Hamas terbunuh di IranIsmail Haniyeh dikenali dengan sikapnya yang tenang,lahir di kem pelarian
Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Maklumat Permainan Sejagat      Hubungi kami   SiteMap