Bekas Speaker DUN Perak meninggal dunia

2024-07-25 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto Facebook saaranimohamadofficial

IPOH,25 Julai-Bekas Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak,Datuk Mat Isa Ismail,74,meninggal dunia petang semalam (Rabu).

Perkara itu dikongsikan oleh Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad menerusi kenyataan di laman Facebook,malam tadi.

"Menerima khabar duka,mantan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak,Datuk Mat Isa Ismail telah kembali ke rahmatullah lewat petang tadi. Sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah buat roh Allahyarham.

"Mudah-mudahan Allah SWT mengampunkan dosa-dosanya dan mengangkat darjatnya bersama orang-orang yang beramal soleh. Semoga keluarga Allahyarham tabah menghadapi saat-saat getir ini," katanya.

Allahyarham Datuk Mat Isa pernah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jering selama tiga penggal dari 1997 hingga 2008.

Beliau juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang bagi penggal 2001/2003 dan dilantik menjadi Speaker DUN Perak selama satu penggal bermula 2004.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Maklumat Permainan Sejagat      Hubungi kami   SiteMap