Orang muda paling berisiko hidap kanser tulang

2024-07-14 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR,14 Julai- Sakit belakang bersama demam berterusan dan penurunan berat badan petanda risiko menghidap kanser tulang.

Pakar Bedah Ortopedik,Dr Karunakgaran berkata kanser tulang boleh menyerang semua peringkat umur,namun ia lebih kerap berlaku terhadap golongan muda.

"Kanser tulang ini tak berapa tinggi kalau kita tengok,masalah kanser tulang ini jarang kita nampak.

"Kanser ini dia ada dua.. satu 'cancer primary bone tumor'.. bermula daripada tulang iaitu 'osteosarcoma'.. 'osteosarcoma' ia adalah kanser. Golongan paling berisiko adalah golongan muda.

'Untuk orang tua/berusia adalah kanser 'late stage' di mana ia bermula daripada kanser lain seperti tiroid,payudara,paru-paru yang merebak ke bahagian tulang belakang melalui salur darah dan sebagainya.

"..Tapi kita jangan risau,kalau kita rawat awal,kita boleh menyelamatkan pesakit," katanya selepas menjadi tetamu dalam rancangan terbitan RTM di sini.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Maklumat Permainan Sejagat      Hubungi kami   SiteMap