Iran terus bertukar mesej dengan AS, namun tiada syarat untuk rundingan

2026-07-27 HaiPress

Foto janaan AI/RTM

ISTANBUL,27 Julai – Iran terus bertukar mesej dengan Amerika Syarikat (AS),namun pada masa ini tiada syarat untuk mengadakan rundingan,kata jurucakap Kementerian Luar Esmaeil Baqaei pada Ahad sambil menuduh Washington menjejaskan diplomasi menerusi tindakan ketenteraannya.

RINGKASAN BERITA AI

Mengenai Selat Hormuz,Baqaei berkata Iran telah melaksanakan tanggungjawabnya untuk memastikan keselamatan pelayaran antarabangsa tetapi tidak akan membenarkan laluan air strategik itu dijadikan platform untuk mengancam keselamatan negara berkenaan.

Beliau turut menyalahkan AS dan Israel atas peningkatan ketegangan di rantau itu dengan berkata tindakan ketenteraan kedua-duanya telah menjejaskan kestabilan keadaan keselamatan.

Ketegangan antara AS dan Iran semakin memuncak sejak beberapa minggu kebelakangan ini,dengan AS melancarkan serangan ke atas Iran manakala Tehran bertindak balas dengan menyasarkan kemudahan dan peralatan ketenteraan AS di beberapa negara di rantau itu termasuk Bahrain,Jordan dan Kuwait. -BERNAMA-ANADOLU

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Maklumat Permainan Sejagat      Hubungi kami   SiteMap