SPM 2025 catat prestasi cemerlang, KPM terus perkukuh intervensi

2026-03-31 HaiPress

Fadhlina Sidek ditemui pemberita selepas Majlis Pengumuman Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Kajang

KAJANG,31 Mac – Pencapaian cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 yang terbaik dalam tempoh lima tahun membuktikan daya tahan tinggi calon,termasuk generasi pertama yang melalui sistem persekolahan tanpa Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3).

RINGKASAN BERITA AI

Menurut Fadhlina,KPM akan terus memperkukuh pelbagai intervensi bagi menangani isu ketidakhadiran calon ke sekolah dan peperiksaan,selain komited merapatkan jurang pencapaian antara bandar dan luar bandar.

Usaha itu termasuk penambahbaikan fasiliti sekolah menerusi projek naik taraf sekolah daif,kerja penyelenggaraan serta penyediaan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif.

Mengulas fenomena cuaca panas pula,beliau berkata sebarang perancangan jangka pendek dan panjang akan diselaraskan bersama Kementerian Kesihatan (KKM) serta agensi berkaitan bagi memastikan aspek kesihatan warga sekolah dan pembelajaran murid terus menjadi keutamaan.

Keputusan SPM 2025 hari ini menyaksikan seramai 366,435 calon atau 94.29 peratus layak menerima sijil,berbanding 355,933 calon atau 94.01 peratus pada 2024.

Menurut Ketua Pengarah Pendidikan,Datuk Dr Mohd Azam Ahmad,jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 10,502 calon,bersamaan 0.28 peratus.

Sementara itu,seramai 7,099 calon dilaporkan tidak hadir berdasarkan analisis calon yang menduduki peperiksaan sekurang-kurangnya enam mata pelajaran.

Jumlah itu mewakili 1.79 peratus daripada 395,740 calon baharu,berbanding 8,108 calon atau 2.1 peratus pada 2024,sekali gus menunjukkan penurunan sebanyak 1,009 calon.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Maklumat Permainan Sejagat      Hubungi kami   SiteMap