Majikan diseru laksana kerja fleksibel hadapi krisis tenaga – KESUMA

2026-03-27 HaiPress

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR 27 MAC – Sektor swasta digalakkan melaksanakan aturan kerja fleksibel sebagai langkah strategik mendepani krisis tenaga dunia dan ketidaktentuan ekonomi semasa.

RINGKASAN BERITA AI

Langkah berkenaan turut selaras dengan pindaan Akta Kerja 1955 yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2023.

Di bawah Seksyen 60P dan 60Q akta berkenaan,pekerja boleh memohon pengaturan kerja fleksibel kepada majikan,sama ada dari segi waktu bekerja,hari bekerja atau tempat bekerja.

Bagi menjamin kebajikan pekerja KESUMA memaklumkan majikan yang melaksanakan AKF tidak dibenarkan mengurangkan faedah sedia ada pekerja seperti bayaran kerja lebih masa,cuti tahunan,cuti sakit dan kelepasan am.

Bagi menyokong pelaksanaannya,KESUMA melalui Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) dan Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) turut menyediakan pelbagai sokongan kepada majikan termasuk khidmat nasihat,latihan serta perkongsian amalan terbaik.

“Majikan sektor swasta diseru mengambil langkah proaktif mengadaptasi AKF secara berperingkat bagi memperkukuh daya tahan organisasi,mengurangkan impak krisis tenaga serta memastikan kelangsungan pertumbuhan ekonomi negara,” menurut kenyataan itu lagi.

KESUMA turut menegaskan komitmennya untuk memastikan kesejahteraan pekerja dan kelangsungan perniagaan bergerak seiring dalam menghadapi cabaran global.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Maklumat Permainan Sejagat      Hubungi kami   SiteMap