Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil susulan operasi BNM

2025-12-03 HaiPress

GAMBAR FAIL / RTM

KUALA LUMPUR,2 Disember - Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional menyusut kepada RM36.10 bilion,turun berbanding RM39.10 bilion pagi ini,manakala mudah tunai dalam dana Islam merosot kepada RM20.70 bilion daripada RM21.36 bilion sebelumnya.

Bank pusat itu melaksanakan satu tender repo berbalik pada awal hari ini.

Pada 4 petang,BNM menawarkan tender pasaran wang konvensional berjumlah RM36.10 bilion dan tender pasaran wang murabahah sebanyak RM20.70 bilion,masing-masing untuk wang satu hari.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) pula berada pada paras 2.75 peratus setakat 1 Dis,2025. -BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Maklumat Permainan Sejagat      Hubungi kami   SiteMap