Banjir di Perlis semakin surut, hanya 331 orang di 4 PPS

2025-12-03 HaiPress

Foto fail

KANGAR,3 Disember - Seramai 331 orang daripada 117 keluarga masih berlindung di empat pusat pemindahan sementara (PPS) sekitar Kangar,Arau dan Padang Besar,setakat pukul 8 pagi tadi berbanding 551 orang malam tadi.

Menerusi kemaskini terbaharu,Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis,Leftenan Kolonel (PA) Mohd Izaimi Md Daud,memaklumkan penduduk terjejas banjir di dua PPS sekitar Arau iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Tambun Tulang dan SK Changkat Jawi kini berkurangan hanya kepada 156 orang daripada 72 keluarga.


"Manakala di Kangar iaitu PPS Dewan 2020 hanya menempatkan 21 orang daripada 5 keluarga dan Padang Besar iaitu di SK Lubuk Sireh kekal dengan 154 orang daripada 40 keluarga.


"Usaha pemulihan bencana banjir kini sedang giat digerakkan di seluruh kawasan terjejas melibatkan kerja-kerja pembersihan pascabanjir serta penyaluran pelbagai bantuan keperluan harian," katanya.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Maklumat Permainan Sejagat      Hubungi kami   SiteMap