Ringgit dibuka mengukuh, kembali cecah paras 4.12 berbanding dolar AS

2025-11-26 HaiPress

Foto fail/RTM

KUALA LUMPUR,26 November -Ringgit meneruskan pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika jangkaan terhadap penurunan kadar faedah AS pada Disember semakin ketara,sekali gus mengasak tekanan terhadap mata wang negara maju berkenaan,kata penganalisis.

Pada 8 pagi ini,ringgit meningkat ke paras 4.1250/1365 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.1300/1345,semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Dolar AS (DXY) susut di bawah 100 mata kepada 99.809 ketika data terkini AS juga lebih rendah daripada jangkaan awal manakala hasil Nota Perbendaharaan dua tahun dan 10 tahun AS susut tiga mata asas untuk ditutup masing-masing pada 3.43 peratus dan 4.01 peratus.

Mohd Afzanizam berkata jualan runcit AS pada September pula hanya meningkat 0.2 peratus bagi bulan ke bulan yag sebaliknya jauh lebih rendah berbanding unjuran konsensus pada 0.6 peratus.

“Lebih penting lagi,Keyakinan Pengguna Conference Board juga jatuh daripada jangkaan awal kepada 88.7 mata pada November berbanding jangkaan pasaran sebanyak 93.5 mata apabila isi rumah AS terbukti masih bimbangkan kos sara hidup susulan tarif import yang lebih tinggi," katanya.

Berikutan itu juga,ringgit dijangka terus mengukuh dalam julat 4.12 hingga 4.13 berbanding dolar AS susulan spekulasi penurunan kadar faedah AS bulan depan yang terus hangat diperkatakan.

Beliau berkata ringgit juga dijangka bergerak dalam julat 4.12 hingga 4.13 apabila lebih banyak andaian penurunan kadar faedah itu diketengahkan dan memacu sentimen.

Selain itu,sesi awal urus niaga pagi ini menyaksikan ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Ringgit mengukuh berbanding yen kepada 2.6408/6485 daripada 2.6420/6451 namun susut berbanding euro kepada 4.7706/7839 daripada 4.7635/7687 semalam dan rendah berbanding pound Britain kepada 5.4285/4436 daripada 5.4235/4294.

Dalam pada itu,ringgit diniagakan meningkat berbanding mata wang ASEAN.

Ringgit naik berbanding peso Filipina kepada 7.00/7.02 daripada 7.01/7.02,meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1684/1775 dari 3.1708/1745,tinggi berbanding baht Thailand kepada 12.7717/8184 dari 12.7793/7999 dan mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 247.6/248.4 dari 247.9/248.3.- BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Maklumat Permainan Sejagat      Hubungi kami   SiteMap