Industri reka bentuk pemacu ekonomi kreatif ASEAN

2025-10-23 HaiPress

Pengarah Majlis Reka bentuk Malaysia (MRM),Ahmad Azmi Awang/RTM

KUALA LUMPUR,22 Oktober – Industri reka bentuk kini semakin berperanan sebagai enjin pertumbuhan ekonomi baharu ASEAN,sejajar dengan peralihan global ke arah ekonomi berasaskan nilai tambah,inovasi,dan pengalaman pengguna.

Pengarah Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM),Ahmad Azmi Awang,berkata rantau ASEAN memiliki identiti budaya yang unik serta kepelbagaian bakat kreatif,menjadikannya kelebihan daya saing berbanding pasaran lain dan membuka potensi besar untuk berkembang di peringkat antarabangsa.

"Keunikan negara kita patut kita gunakan sebaiknya kerana kita mempunyai pelbagai sumber asli dan pelbagai budaya. Reka bentuk boleh memainkan peranan bagaimana produk-produk ini diperkembangkan,ditingkatkan dari segi kualiti dan inovasi,sekali gus membuka pasaran yang lebih besar.",katanya ketika ditemui selepas Program Biz Malaysia di sini,hari ini.

Beliau menekankan bahawa reka bentuk bukan sekadar elemen estetika,tetapi juga menjadi jambatan antara produk dan pengguna serta pemangkin kepada inovasi dan penciptaan nilai dalam pelbagai sektor.

"Produk yang baik bukan hanya terletak pada nilai estetika,tetapi juga dari sudut kualiti dan bagaimana ia menggunakan sumber secara optimum.

"Reka bentuk boleh menjadi pemangkin kepada penghasilan produk baru dan inovasi supaya produk yang dihasilkan menepati keperluan semasa atau menjadi pilihan pengguna." katanya.

Mengulas mengenai kerjasama serantau,Ahmad Azmi menegaskan bahawa negara-negara ASEAN boleh menyatukan kekuatan melalui ekosistem reka bentuk yang lebih tersusun menerusi platform Asia Design Sharing (ADS).

Program ADS 2025 yang dianjurkan tahun ini membolehkan wakil negara anggota berkongsi pandangan,menyemak polisi,dan menjalin peluang kerjasama untuk memperkukuh ekosistem reka bentuk serantau.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Maklumat Permainan Sejagat      Hubungi kami   SiteMap