
Kementerian Pertahanan memerlukan peruntukan sekurang-kurangnya RM450 juta setahun sehingga tahun 2030 bagi menyelesaikan isu kemudahan perumahan anggota tentera di seluruh negara / Foto Hiasan / Bernama
KUALA LUMPUR,30 Julai – Kementerian Pertahanan memerlukan peruntukan sekurang-kurangnya RM450 juta setahun sehingga tahun 2030 bagi menyelesaikan isu kemudahan perumahan anggota tentera di seluruh negara.
Menteri Pertahanan,Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata jumlah itu adalah bagi menampung kerja-kerja penyelenggaraan serta pembinaan baharu Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT),selaras dengan keperluan semasa warga pertahanan.
Menteri Pertahanan,Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
“Tumpuan kepada penyelenggaraan rumah-rumah RKAT ini hanya dilakukan secara serius sejak permulaan Kerajaan Perpaduan. Sebelum 2023,peruntukan untuk penyelenggaraan rumah-rumah ini tidak melebihi RM150 juta.“Tetapi bermula tahun 2023,ia meningkat kepada RM236 juta,diikuti RM400 juta pada 2024 dan RM426 juta pada tahun ini. Diharap semasa pembentangan Rancangan Malaysia Ke-13,peruntukan sekurang-kurangnya RM450 juta setahun dapat disediakan hingga 2030 supaya semua masalah perumahan tentera dapat diselesaikan,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat,hari ini.Beliau menjawab soalan tambahan daripada Ahli Parlimen Tangga Batu,Bakri Jamaluddin yang meminta penjelasan mengenai langkah jangka panjang bagi menangani isu perumahan tentera.Mengikut pelan Blueprint Perumahan 3.0,Kementerian Pertahanan merancang untuk membina 12,733 unit RKAT baharu menjelang 2030,tertakluk kepada keupayaan kewangan kerajaan.Sejak tahun 2022,sebanyak 2,812 unit telah siap dibina manakala 3,206 unit lagi sedang dalam pembinaan dengan kos keseluruhan RM1.002 bilion,yang dijangka siap sepenuhnya menjelang 2026.Selain itu,456 unit baharu kini dalam fasa perolehan dengan anggaran kos sebanyak RM1.4 bilion.
Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.