2025-07-30
IDOPRESS
FOTO REUTERS
PUTRAJAYA,30 Julai – Kementerian Luar Negeri memantau rapat situasi di Jepun susulan amaran tsunami yang dikeluarkan Agensi Meteorologi negara itu awal pagi tadi.
Amaran tersebut dikeluarkan selepas gempa bumi berukuran 8.0 pada skala Richter melanda perairan berhampiran Semenanjung Kamchatka,Rusia,sekitar pukul 8.25 pagi waktu tempatan.
Gelombang tsunami setinggi antara satu hingga tiga meter dijangka melanda beberapa kawasan pantai yang menghadap Lautan Pasifik,termasuk timur Hokkaido,Semenanjung Boso,Kepulauan Ogasawara,sebahagian Shizuoka,Semenanjung Kii dan Prefektur Miyazaki.
Menurut Wisma Putra,setakat ini tiada laporan rakyat Malaysia terjejas akibat insiden tersebut.
"Namun,rakyat Malaysia yang berada di kawasan berisiko diingatkan supaya sentiasa berwaspada,mematuhi arahan keselamatan dan mengikuti perkembangan semasa melalui saluran rasmi.
"Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo turut menggesa warganya untuk mendaftar dengan pihak kedutaan serta mengekalkan komunikasi agar bantuan dapat disalurkan dengan segera jika diperlukan," menurut kenyataan Wisma Putra.
Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui laman web rasmi Kementerian Luar Negeri atau media sosial rasmi Kedutaan Malaysia di Tokyo.