KPM muktamad panduan pembangunan sekolah vertikal

2025-07-30 IDOPRESS

Timbalan Menteri Pendidikan,Wong Kah Woh

KUALA LUMPUR,30 Julai – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memuktamadkan satu panduan khusus bagi pembangunan sekolah vertikal sebagai persediaan menghadapi cabaran pendidikan di kawasan bandar berkapasiti tinggi.

Timbalan Menteri Pendidikan,Wong Kah Woh berkata,panduan tersebut akan dibentangkan ke Mesyuarat Jemaah Menteri dalam masa terdekat,merangkumi prinsip reka bentuk,keselamatan,aksesibiliti,pengurusan strata dan keperluan murid berkeperluan khas.

“Panduan ini menyatakan prinsip-prinsip asas bagi reka bentuk susun atur sekolah termasuk rasa kepunyaan,daya tarikan,kawalan pengawasan murid,penyediaan kemudahan sukan dan perkara lain yang berkaitan.

"Panduan ini turut mengutamakan konsep lestari,fleksibel dan kemudahan penyelenggaraan,” katanya ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Sungai Besar,Datuk Muslimin Yahaya di Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Wong,KPM turut memperkenalkan tiga model reka bentuk utama sekolah vertikal yang mesra kurikulum lestari,selamat dan mudah diakses dengan keutamaan diberikan kepada kawasan bandar berpopulasi tinggi melebihi sejuta penduduk,khususnya di Kuala Lumpur.

Beliau berkata,cadangan pembinaan sekolah vertikal yang dikemukakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selaras dengan usaha KPM untuk memastikan akses pendidikan dapat diperkukuh meskipun berdepan kekangan tanah di bandar.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Maklumat Permainan Sejagat      Hubungi kami   SiteMap