Pesta Buku Perlis & Karnival Pembaca 2025 sasar lebih 35,000 pengunjung

2025-07-30 HaiPress

Pesta Buku Perlis dan Karnival Pembaca 2025 sedang berlangsung di Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis

KANGAR,30 Julai - Lebih 35,000 pengunjung disasarkan mengunjungi Pesta Buku Perlis dan Karnival Pembaca 2025 yang dianjurkan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis (PPANPs).

Program yang bermula 26 Julai berlangsung selama 9 hari dan akan berakhir pada 3 Ogos ini.

Menurut Pengarah PPANPs,Abd Rahim Husin,Pesta Buku Perlis dan Karnival Pembaca kali ini melibatkan 50 pempamer dari pelbagai syarikat pembekal buku,pameran dan permainan interaktif serta jualan pelbagai produk yang menjadi tumpuan pengunjung.

Selain itu,lebih 40 aktiviti menarik turut berlangsung termasuklah lawatan perpustakaan,pelbagai pertandingan menguji minda,zoo mini,forum dan bicara buku.

"Untuk tarikan utama kali ini,untuk bagi kanak-kanak semestinya sesuatu yang menyeronokkan. Jadi kita sediakan dinosaur,astronaut adventure,supa dupa untuk kanak-kanak. Bagi dewasa pula,pelbagai peringkat kita sediakan. Untuk kanak-kanak,kita bagi ruang untuk dia mencuba vr,px5,mungkin setengah kanak-kanak itu dia tak berpeluang. jadi kita sediakan ruang itu untuk kanak-kanak mencuba",katanya.

Pameran agensi kerajaan dan turut diserikan dengan pelbagai hadiah cabutan bertuah serta bengkel bersama Kartunis Ujang.

Beliau menyatakannya kepada media pada Pesta Buku Perlis dan Karnival Pembaca 2025 yang kini sedang berlangsung di Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis.

Pesta Buku Perlis kali ini juga menjadi satu medan mempromosikan program perpustakaan kepada pengunjung yang bertandang ke Perlis sempena Tahun Melawat Perlis 2024-2025 yang dilanjutkan sehingga Disember 2026.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Maklumat Permainan Sejagat      Hubungi kami   SiteMap