2025-07-07
IDOPRESS
Anggota bomba sedang mengangkat kereta yang ditemukan di dalam Sungai Korok,pagi ini.
Alor Setar,7 Julai -Enam sekeluarga yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lepas ditemukan lemas dalam sebuah kereta yang tenggelam di Sungai Korok,hari ini.
Setakat ini operasi mengangkat mayat keenam-enam sekeluarga itu sedang dilakukan oleh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra.
Enam mangsa terbabit ialah pasangan suami isteri dan empat anak mereka yang berusia enam bulan hingga 9 tahun.
Kesemua mayat mangsa dihantar ke unit forensik,Hospital Sutanah Bahiyah,Alor Setar untuk bedah siasat.
Media sebelum ini melaporkan,seorang wanita membuat laporan polis selepas abang,kakak ipar serta empat anak mereka gagal dikesan sejak Sabtu lalu selepas pulang bermalam di rumahnya di Taman Aman,dekat sini.
Nur Adliah Shuhada Ishak,20-an berkata,abangnya,Mohd Azim Ezzat Ishak,32,yang menetap di Jerlun datang bermalam di rumahnya Jumaat lepas bersama isteri dan empat anaknya.
Katanya,mereka selalu datang bermalam di rumahnya dan biasanya pulang pada awal pagi sebelum abangnya yang bertugas sebagai pengawal keselamatan itu masuk kerja.