2025-06-06
HaiPress
Foto hiasan
KUALA LUMPUR,5 Jun- Kontrak niaga hadapam emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini berikutan data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang lemah meningkatkan jangkaan penurunan kadar faedah AS.
Seorang penganalisis berkata pasaran kekal berhati-hati menjelang pengumuman data gaji bukan perladangan (NFP) yang dijangka pada Jumaat.
Kontrak bulan semerta bagi Jun 2025 meningkat kepada US$3,400.90 setiap auns troy berbanding US$3,372.90 semalam,manakala kontrak Julai 2025 mengukuh kepada US$3,409.40 daripada US$3,379.50.
Kontrak Ogos,September dan Oktober 2025 meningkat kepada US$3,422.90 setiap auns troy daripada US$3,403.10 semalam.
Jumlah dagangan susut kepada 38 lot berbanding 62 lot pada Rabu,manakala kepentingan terbuka turun kepada 62 kontrak daripada 77 kontrak.
Berdasarkan penetapan London Bullion Market Association pada 4 Jun harga emas fizikal pada US$3,364.60 setiap auns troy.- BERNAMA