Asia Tenggara tidak boleh jadi penonton konflik India-Pakistan

2025-05-08 HaiPress

Foto Hiasan / AFP

KUALA LUMPUR,7 Mei - Langkah awal Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim menawarkan diri sebagai perantara antara New Delhi dan Islamabad dilihat sebagai satu tindakan yang tidak boleh dipandang ringan.

Beliau bertindak demikian atas kapasitinya sebagai Pengerusi ASEAN yang memayungi 10 negara dengan lebih 600 juta penduduk.

Geostrategis Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara,Profesor Dr Azmi Hassan menyuarakan kebimbangan terhadap kemungkinan konflik itu akan berlarutan sekiranya tidak dikawal segera.

“Ini bukan soal Malaysia mahu menonjolkan diri. Ini tanggungjawab serantau. ASEAN tidak boleh berpeluk tubuh melihat jiran kita bergolak. Malaysia,dengan rekod sebagai pengantara berjaya dalam isu selatan Thailand,berada pada posisi yang wajar untuk memainkan peranan damai,” katanya ketika dihubungi RTM.

Beliau menegaskan,rekod Malaysia sebagai pengantara bukan sekadar simbolik tetapi terbukti dalam pelaksanaan,apabila Thailand meletakkan kepercayaan penuh kepada Malaysia untuk menjembatani rundingan dengan kumpulan pejuang Islam di wilayah bergolak mereka.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Maklumat Permainan Sejagat      Hubungi kami   SiteMap