Mangsa ketiga nahas di persimpangan lampu isyarat selamat dikebumikan

2025-03-11 IDOPRESS

Nurha’afza Salwa Hazizan (dua,kiri) ibu kepada Allahyarham Aisar Azim Abdullah bersama ahli keluarganya menyiram air di pusara Aisar Azim di Tanah Perkuburan Maqbarah Salimah Taman Zaitun Indah,malam tadi/ BERNAMA

SEREMBAN,11 Mac- Jenazah remaja yang meninggal dunia dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Matahari Heights,Persiaran Senawang 1,selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Maqbarah Salimah,Taman Zaitun Indah,pada pukul 12.40 tengah malam tadi.

Jenazah mangsa nahas yang berusia 17 tahun,telah dimandi dan dikafankan di Masjid Kariah Mambau pada pukul 11.25 malam,sebelum dibawa ke Surau Flat Uda Ampangan,untuk disembahyangkan.

Mangsa telah disahkan meninggal dunia pada pukul 7.23 malam di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban.

Terdahulu,dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam Khamis lalu,dua remaja berusia 15 dan 16 tahun meninggal dunia,selepas motosikal yang dinaiki mereka dipercayai dirempuh sebuah kereta jenis Honda Jazz.

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban,Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din,kereta tersebut tersebut dipandu seorang lelaki berusia 18 tahun dan tidak mempunyai lesen memandu.

Sementara itu,ibu mangsa,Nurha'afza Salwa Hazizan,41 tahun berkata dia dan keluarganya redha atas pemergian anaknya itu.

"Setakat ini memang kita akan buat,memang ada ambil tindakan,anak saya telah meninggal dunia dan kawan dia meninggal dunia dua orang,kita akan fight sehabis mungkin.

"Saya memang dari semalam bersedia,masa yang saya pergi hospital pagi itu,kita dah bincang dengan anak,kita redha dengan pemergian dia",katanya kepada pemberita di sini.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Maklumat Permainan Sejagat      Hubungi kami   SiteMap