Malaysia kenakan duti anti lambakan sementara PET dari China-Indonesia

2025-01-08 IDOPRESS

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR,7 Januari - Kerajaan membuat penentuan awal berhubung penyiasatan duti anti lambakan ke atas import produk Polyethylene Terephthalate (PET)yang berasal atau dieksport dari China dan Republik Indonesia.

Menurut kenyataan Kementerian Pelaburan,Perdagangan dan Industri (MITI),kerajaan memutuskan untuk mengenakan duti anti lambakan sementara sebanyak 6.33 peratus hingga 37.44 peratus selaras dengan Seksyen 23 Akta Duti Timbal Balik dan Anti-Lambakan 1993.

"Kerajaan memutuskan untuk mengenakan duti anti lambakan sementara dalam bentuk jaminan bank bersamaan dengan nilai margin lambakan yang dikenal pasti dalam penentuan awal.

"Kerajaan mendapati bahawa terdapat bukti yang mencukupi untuk meneruskan penyiasatan terhadappengimportan dagangan subjek dari China dan Indonesia," menurut kenyataan itu.

Katanya,langkah itu bertujuan mengelakkan kecederaan material lanjut kepada industri tempatan.

"Duti ini akan berkuat kuasa selama tempoh tidak melebihi 120 hari,bermula 7 Januari," katanya.

Penentuan muktamad mengenai penyiasatan ini akan dibuat selewat-lewatnya pada 6 Mei 2025.

Sementara itu,pihak berkepentingan dialu-alukan untuk mengemukakan ulasan terhadap laporan penentuan awal ini kepada MITI sebelum 17 Januari,pada pukul 5.30 petang.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Maklumat Permainan Sejagat      Hubungi kami   SiteMap