Durian premium MS88 sasar pasaran antarabangsa - Mohamad Sabu

2024-12-29 HaiPress

Durian MDUR88 yang dijenamakan semula sebagai MARDI Super 88 (MS88)/RTM

KUALA KANGSAR,28 Disember- Durian hibrid MDUR88 kini dijenamakan semula sebagai MARDI Super 88 (MS88) oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Kuala Kangsar selepas melalui tempoh kajian selama 15 tahun.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan,Datuk Seri Mohamad Sabu menyatakan langkah itu adalah usaha strategik untuk memperkenalkan durian premium Malaysia ke peringkat antarabangsa.

"Durian kini menjadi perdagangan besar yang dianggarkan mencapai nilai berbilion ringgit khususnya di pasaran antarabangsa. Permintaannya sangat tinggi,terutama di China dan negara-negara lain.

"Oleh itu,MARDI terus menjadi penyelidik utama dalam menghasilkan varieti baharu bagi meningkatkan kualiti durian," katanya ketika melawat Taman Agro Duriotourism,MARDI Kuala Kangsar di sini hari ini.

Setakat ini,sebanyak 8,000 pokok durian MS88 telah ditanam di seluruh negara bagi memenuhi permintaan pasaran eksport khususnya ke China.

TambahMohamadperhatian turut diberikan kepada penghasilan produk hiliran berasaskan durian yang berpotensi tinggi di pasaran Asia Barat.

Sejak 2021,MARDI telah menyediakan benih MS88 secara percuma kepada petani yang berminat,selain menawarkan bimbingan dan galakan untuk mengembangkan tanaman durian.

Sementara itu beliau memberi jaminan bahawa bekalan kelapa di seluruh negara mencukupi untuk kegunaan sepanjang musim perayaan awal tahun depan termasuk Tahun Baharu Cina dan Aidilfitri.

"Kerjasama dengan FAMA Corp dan pihak lain sedang dijalankan untuk membawa masuk lebih banyak kelapa dari luar,terutama dari Indonesia.Kita juga menggalakkan penanaman kelapa secara jangka panjang kerana ramai pengusaha baru kini menyedari potensi keuntungan daripada tanaman ini," katanya.



Mohamad Sabu (tiga kanan) ketika melawat Taman Agro Duriotourism,MARDI Kuala Kangsar hari ini/RTM
Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Maklumat Permainan Sejagat      Hubungi kami   SiteMap