2024-12-01 HaiPress
FOTO JBPM PERAK
IPOH,1 Disember- Beberapa kawasan sekitar Tanjung Rambutan,Ipoh dilanda banjir kilat pagi tadi susulan hujan berterusan sejak malam tadi.
Antara kawasan yang terjejas adalah Pasar Tanjung Rambutan,Masjid Jamek Tanjung Rambutan dan beberapa kawasan perumahan sekitar.
Sementara itu,Pusat Gerakan Operasi JBPM Negeri Perak memaklumkan di Kampung Bakar Bata,seramai tujuh orang penduduk terjejas termasuk dua warga emas OKU dibawa keluar oleh anggota bomba dan dibantu oleh pihak polis dari lokasi banjir.
Kesemua mangsa dipindahkan ke Dewan Komuniti Taman Berjaya.
Sementara di Kampung Cheh,seramai 50 orang penduduk dianggarkan terjejas namun belum mahu untuk berpindah.