Banjir: 30 wanita hamil dan tiga pesakit terlantar berjaya dibawa keluar dari kawasan terjejas

2024-11-29 HaiPress

Foto BERNAMA

KUALA KRAI,29 November - Seramai 30 wanita hamil dan tiga pesakit terlantar dibawa keluar dari kawasan terjejas banjir dan dihantar ke Hospital Kuala Krai untuk pemerhatian serta rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai Supt Mazlan Mamat berkata ia dilakukan hasil kerjasama pasukan penyelamat seperti polis,bomba,Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Selain,berjaya membantu penduduk yang terkandas dan dihantar ke Pusat Permindahan Sementara (PPS).

Sementara itu,Jalan Persekutuan dari Kota Bharu-Gua Musang berhampiran Balai Bomba Sungai Durian yang ditutup semalam,kini dibuka semula kepada semua jenis kenderaan setakat tengah hari tadi.

Ia berikutan situasi banjir yang melanda jajahan ini masih terkawal dan faktor taburan hujan yang tidak terlalu banyak sejak semalam.

Setakat pukul 1 tengah hari tadi,satu PPS telah ditutup di Kuala Pertang dan sehingga kini sebanyak 40 PPS dibuka di Kuala Krai dengan menempatkan 5,305 orang.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Maklumat Permainan Sejagat      Hubungi kami   SiteMap