Malaysia tegas amalkan perdagangan bebas

2024-11-21 HaiPress

FOTO FAIL

KUALA LUMPUR,21 November - Malaysia akan terus mengamalkan sikap perdagangan bebas yang menjadi asas kepada ekonomi antarabangsa.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,hubungan perdagangan antarabangsa setakat ini tidak terjejas dan terus mengambil langkah-langkah perlu terutama dalam menentukan hubungan baik bersama-sama Negara Anggota Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).

Beliau turut menjelaskan walaupun Malaysia mempunyai hubungan dagang dengan pelbagai negara termasuk Amerika Syarikat (AS).

Ia sama sekali tidak menjejaskan hak negara dalam menyuarakan pandangan yang mewakili sentimen rakyat Malaysia.

"Saya beritahu kita ambil sikap perdagangan bebas. Kita tidak menghalang AS dan mereka juga tidak boleh menghalang hubungan perdagangan kita dengan negara-negara China dan Rusia.

"Bagimanapun saya setuju dengankita harus guna kebijaksanaan dan saya percaya ada kemahiran Kementerian Luar Negara dan pendekatan diplomasi mereka untuk terus mengadakan hubungan yang baik dengan negara-negara berkenaan," kata Perdana Menteri,di Dewan Rakyat.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Maklumat Permainan Sejagat      Hubungi kami   SiteMap