Pelabur institusi tempatan beli bersih ekuiti di Bursa Malaysia

2024-11-04 HaiPress

Foto RTM

KUALA LUMPUR,4 November-Pelabur institusi tempatan bersih membeli RM960.4 juta ekuiti di Bursa Malaysia minggu lepas,peningkatan ketara daripada RM244.6 juta minggu sebelumnya.

Menurut MIDF Amanah Investment Bank Bhd,peruncit tempatan muncul pembeli bersih,dengan nilai ekuiti RM49.4 juta,selepas beberapa minggu menjual bersih.

Sebaliknya,pelabur asing terus menjual ekuiti untuk minggu kedua berturut-turut,dengan aliran keluar ketara berjumlah RM1.01 bilion,berbanding RM196.2 juta minggu sebelumnya.

Laporan aliran dana MIDF turut memaklumkan,peruncit dan institusi tempatan mengalami penurunan dalam purata volum dagangan harian (ADTV) masing-masing susut 10.8 peratus dan 6.9 peratus.

Manakala pelabur asing menyaksikan peningkatan sebanyak 27.9 peratus.

Sektor perladangan,hartanah dan Amanah pelaburan hartanah (REIT) merekodkan aliran masuk asing bersih tertinggi.

Perkhidmatan kewangan,utiliti dan barangan pengguna pula muncul sebagai tiga sektor yang merekodkan aliran keluar asing bersih.

Sepanjang Oktober,pelabur asing ialah penjual bersih ekuiti Asia merentasi lapan pasaran,dengan jumlah aliran keluar mencecah AS$15.6 bilion,tertinggi sejak Jun 2022.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Maklumat Permainan Sejagat      Hubungi kami   SiteMap