Remaja maut kemalangan motosikal di Besut

2024-09-13 berita.rtm.gov.my HaiPress

Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun maut dalam kemalangan melibatkan dua buah motosikal dan sebuah kereta di Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu,berhampiran Kampung Lak Lok,Jerteh di Besut awal pagi tadi / Foto RTM

BESUT,13 September - Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun maut dalam kemalangan melibatkan dua buah motosikal dan sebuah kereta di Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu,Jerteh,awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Besut,Superintenden Abdul Rozak Muhammad memaklumkan mangsa,Hezrin Haikal Khairul Hafizi dari Kampung Gaal,Pasir Puteh,Kelantan,meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Kejadian berlaku sekitar pukul 12.30 tengah malam apabila mangsa yang menunggang motosikal dari arah Jerteh menuju ke Pasir Puteh hilang kawalan ketika tiba di lokasi.

"Pada masa yang sama,Muhammad Adam Hazim Masykuri,18 tahun,yang menunggang motosikal dari arah Jerteh ke sebuah kedai makan di Kampung Lak Lok,turut terlibat dalam kemalangan tersebut," katanya menerusi kenyataan.

Abdul Rozak berkata,siasatan awal mendapati mangsa terbabas ke sebelah kiri jalan dan melanggar motosikal yang ditunggang oleh Muhammad Hazim,sebelum terseret dan melanggar sebuah kereta yang diparkir di hadapan kedai makan berdekatan.

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,manakala Muhammad Hazim hanya mengalami kecederaan ringan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Maklumat Permainan Sejagat      Hubungi kami   SiteMap