Penerbangan AirAsia Kota Kinabalu- Manado, perluas pilihan destinasi

2024-09-03 berita.rtm.gov.my HaiPress

FOTO FAIL

KUALA LUMPUR,2 September - AirAsia memperluaskan lagi pasarannya menerusi penerbangan sulungnya dari Kota Kinabalu ke Manado.

Syarikat penerbangan itu menerusi kenyataan berkata,laluan baharu itu adalah sebahagian daripada usaha syarikat penerbangan tersebut bagi memperluaskan pilihan destinasi kepada penumpang dari Kota Kinabalu.

"Laluan baharu ini mengukuhkan lagi komitmen syariakat untuk menawarkan lebih banyak pilihan perjalanan dari Kota Kinabalu. Ia melibatkan pelbagai destinasi,sama ada domestik ataupun antarabangsa," menurut kenyataan itu.

AirAsia berkata,dengan penambahan tersebut syarikat penerbangan itu kini menyediakan sebanyak 30 laluan yang merangkumi 387 penerbangan setiap minggu dari Kota Kinabalu.

Ini sekali gus menjadikannya salah satu hab penerbangan utama bagi kumpulan syarikat ini.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Maklumat Permainan Sejagat      Hubungi kami   SiteMap