Banci pertanian di Perak capai lebih 23 peratus

2024-08-06 berita.rtm.gov.my HaiPress

Ketua Perangkawan Malaysia,Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin

PARIT,5 Ogos-Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) telah membanci kira-kira 14,104 Tempat Kediaman (TK) di Perak dalam sektor pertanian meliputi aktiviti tanaman,ternakan,perikanan,akuakultur,perhutanan dan pembalakan.

Ketua Perangkawan Malaysia,Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata,sehingga 2 Ogos lalu,Perak telah mencapai 23.3 peratus bancian yang telah dijalankan.

Beliau yang juga Pesuruhjaya Banci Pertanian 2024 berkata,daerah yang mencapai tahap pembancian tertinggi ialah Kampar sebanyak 44.9 peratus diikuti Selama 34.8 peratus,Kerian 34.3 peratus,Muallim 28.4 peratus,Hilir Perak 22.7 peratus dan Bagan Datuk 22.5 peratus.

"Jadi sebenarnya dari segi keseluruhan banci pertanian telah melebihi 30 peratus. Namun di negeri perak ini kita boleh lihat dari segi penerimaan dan borang-borang lengkap yang mana dari segi yang terlibat dalam pertanian itu antara yang tertinggi.

"Maknanya dari segi jumlah yang kita pergi ke rumah ke rumah kita telah pun mempunyai senarai yang dinyatakan terlibat dalam pertanian hampir 75 peratus dapat memberikan maklumat yang diperlukan yang mana mereka benar-benar terlibat dalam aktiviti pertanian",katanya kepada pemberita pada sesi lawatan kerja ke Lapangan Banci Pertanian 2024 di Pusat Integrasi Tanaman dan Ternakan di Ladang Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Titi Gantung di sini.

Tambahnya,banci pertanian yang dilaksanakan tersebut membantu kerajaan dalam mengukur kestabilan bekalan makanan bagi memenuhi keperluan domestik dan mengurangkan kebergantungan kepada barangan import.

Ujarnya,setakat ini sekitar 15 peratus hasil sektor pertanian menyumbang kepada penjanaan pendapatan ekonomi Perak.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Maklumat Permainan Sejagat      Hubungi kami   SiteMap