Komuniti MADANI aktif sebagai penghubung antara kerajaan dan komuniti

2024-06-19 berita.rtm.gov.my HaiPress

Program Jiwa Komuniti MADANI Banjaran Nakawan sempena sambutan Aidiladha

KANGAR,19 Jun- Komuniti MADANI Banjawan Nakawan terus proaktif membantu kerajaan memberi maklumat yang tepat dan sahih kepada komuniti setempat dalam usaha memperkukuh perpaduan antara masyarakat berbilang kaum dan agama.

Pengerusi Komuniti MADANI Banjaran Nakawan Amy Rodzi berkata,pihaknya akan terus proaktif membantu kerajaan memberi maklumat yang tepat dan sahih kepada komuniti setempat dalam usaha memperkukuh perpaduan antara masyarakat berbilang kaum dan agama.

"Dengan dana yang disalurkan kepada Komuniti MADANI,pelbagai program melibatkan pelbagai lapisan masyarakat dapat dilaksanakan secara berkala.

"Bukan sahaja di peringkat jawatankuasa Komuniti MADANI,ahli komuniti bantu turut berperanan dan memikul tanggungjawab untuk jelaskan sesuatu isu kepada keluarga atau jiran tertangga termasuklah isu berkaitan penyasaran subsidi diesel," katanya Program Jiwa Komuniti MADANI Banjaran Nakawan bersempena sambutan Aidiladha,anjuran Jabatan Penerangan (JAPEN) Perlis dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) bersama rakan strategik,Pertubuhan Anak Muda Jati Perlis.

Komuniti MADANI Banjawan Nakawan antara 45 Komuniti MADANI yang ditubuhkan JAPEN Perlis.

Komuniti MADANI bukan sekadar penghubung antara kerajaan dan komuniti setempat malah berperanan menyampaikan setiap maklum balas rakyat khususnya berkaitan perancangan pembangunan dan peningkatan taraf sosioekonomi yang diberi penekanan kerajaan.

Lebih 300 penduduk setempat memeriahkan pelbagai aktiviti yang dilaksanakan iaitu gotong-royong membalut dan merebus ketupat untuk hidangan peserta,sukaneka,Jualan Rahmah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Malaysia (KPDN),pertandingan aspek wanita,penukaran minyak hitam motosikal dan sebagainya.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Maklumat Permainan Sejagat      Hubungi kami   SiteMap